PPMDST/2022/PR/JAYADIRI/001

Saya ingin menjadi pengakap raja kerana saya ingin membanggakan ibu bapa saya dan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Ibu bapa saya telah berkorban banyak perkara untuk saya dan ini merupakan salah satu cara saya membalas jasa mereka. Saya juga amat meminati aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Pengakap seperti perkhemahan dan kawad kaki. Segala aktiviti yang dijalankan serta kursus yang dihadiri memberikan saya banyak pengalaman yang sangat berguna untuk dijadikan teladan dalam semua aspek kehidupan seharian.

 Selain itu, saya dapat memperoleh banyak ilmu pengetahuan baharu. Hal ini menjadikan saya seorang insan yang lebih berguna kepada negara, agama dan bangsa. Contohnya, saya mempunyai ilmu pertolongan cemas yang mungkin pada satu hari nanti boleh digunakan untuk menyelamatkan seseorang yang tercedera ataupun pengsan. Di samping itu, saya juga boleh membentuk jadi diri dan menjadi seseorang yang lebih berdikari. Hal ini kerana segala kursus dan perkhemahan yang dijalan oleh Persatuan Pengakap mengajar saya untuk kekal bertahan walaupun berada dalam situasi yang sangat tertekan ataupun bahaya.

Akhir sekali, saya dapat menjadi seseorang yang berdisiplin dan tidak menyusahkan orang lain. Hal ini kerana aktiviti pengakap yang dijalankan mengajar saya untuk sentiasa mematuhi masa dan patuh kepada arahan yang tidak memudaratkan orang lain, Contohnya, kawad kaki serta pemeriksaan pakaian yang membentuk keseragaman di dalam sesuatu organisasi pengakap di sekolah. Kesimpulannya, saya ingin menjadi pengakap raja kerana saya tidak ingin untuk terus menjadi insan yang tidak berguna untuk masyarakat mahupun keluarga.

(233 patah perkataan)