PPMDST/2022/PR/JAYADIRI/002

Saya ingin menjadi Pengakap Raja kerana saya telah menjadi seorang ahli pengakap sejak berada di sekolah rendah pada tahun 2015 iaitu ketika saya berada di darjah 3. Dengan adanya status Pengakap Raja ini, ia akan menjadi suatu kebanggaan pada diri saya kerana tanggungjawab saya menjadi seorang pengakap selama ini tidak menjadi sia sia sahaja. Saya juga ingin membanggakan pencapaian ini kepada ibu bapa saya. Selain itu, saya juga ingin mendidik semua ahli pengakap yang kurang berpengatahuan tentang pengakap agar mereka menjadi lebih minat dan bangga menjadi seorang pengakap. 

Seterusnya, saya minat untuk menjadi seorang Pengakap Raja kerana ia telah dijadikan sebagai impian saya sejak sekolah rendah lagi untuk menyandang suatu tanggungjawab yang besar dalam bidang pengakap. Jikalau saya tidak mempunyai minat dalam menjadi seorang pengakap, maka telah lama saya meninggalkan unit beruniform pengakap ini. Saya juga mengetahui pengakap sering mengadakan perkhemahan di dalam hutan atau sebagainya dan aktiviti ini amatlah saya minati dari dahulu lagi. 

Akhir sekali, saya juga bangga menjadi seorang pengakap sejak dahulu lagi kerana pengakap merupakan unit beruniform yang mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik. Saya juga gembira untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan kerana dengan adanya bantuan saya, beban mereka akan berkurangan. Menjadi seorang Pengakap Raja akan menjadi kenangan yang manis dalam hidup saya kerana menjadi seorang Pengakap Raja bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, saya ingin mengambil peluang keemasan ini untuk menjadi seorang Pengakap Raja yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta sentiasa mentaati raja dan negara dan tidak menderhaka kepada mereka.

(246 patah perkataan)