Pengakap Raja bukan sahaja dianugerahkan di Malaysia malah dianugerahkan di pelbagai negera dengan nama khasnya. Cara mendapatnya adalah, ahli pengakap perlu lulus dalam semua ujian yang diperuntukkan dalam semua unit. Ahli pengakap perlulah menyiapkan kesemua buku log dan perlu menghadiri Pra Pentarafan Pengakap Raja serta kem Pengakap Raja. Kesemua ujian ini tidak mudah dan juga tidak mustahil.
Baiklah, antara sebab saya ingin menjadi seorang pengakap raja ialah, boleh digunakan di semua negara. Sijil Pengakap Raja boleh digunakan di semua negara dan dapat dihormati oleh orang lain. Selain itu dapat sambung pelajaran di luar negara. Jika berjaya mendapat sijil Pengakap Raja, ahli tersebut boleh sambung pelajarannya di luar negara. Sambung pelajaran ke luar negara bukan perkara yang mudah, tetapi Pengakap mempunyai kuasa untuk memudahkannya.
Akhir sekali, dapat membanggakan ibu bapa dalam kalangan masyarakat. Bukan sahaja membanggakan ibu bapa malah membanggakan nama sekolah juga. Seperti yang saya nyatakan di atas, inilah sebab saya ingin menjadi seorang pengakap raja. Setiap ahli pengakap perlulah menggunakan peluang emas ini untuk membanggakan diri sendiri. Kerugian besar jika kita tidak menggunakan peluang ini. Setiap ahli pengakap perlulah mengetahui kebaikan anugerah Pengakap Raja dan mula perjalanan ke arah Pengakap Raja. Salam Pengakap.
(250 patah perkataan)