Saya ingin menjadi Pengakap Raja kerana ini adalah peluang yang jarang dalam kehidupan saya.Di Malaysia, Pengakap Raja adalah lencana dan anugerah tertinggi bagi Pengakap-pengakap.Oleh itu,saya ingin ambil peluang ini untuk menjadi seorang Pengakap Raja kerana saya dapat mendapat banyak manfaat dalam kehidupan saya.Melaui ujian atau kem Pengakap Raja,saya dapat menjadi seorang yang lagi bertanggungjawab dan berdikari.Selain itu,saya juga dapat mempelajari pelbagai teknik jika menjadi Pengakap Raja.Sebagai contoh masakan rimba,pertolongan cemas,teknik untuk menggunakan peta dan kompas,kawad kaki dan sebagainya.Seterusnya,apabila saya menjadi Pengakap Raja,saya boleh menjadi teladan dan pemimpin terhadap ahli-ahli pengakap lain.Di samping itu,saya dapat mengharumkan nama negeri,sekolah dan keluarga serta diri sendiri jika menjadi Pengakap Raja kerana Sijil Pengakap raja dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia dan diwakili oleh KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan sijil ini mempunyai 10 tandatangan didahului oleh KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Malaysia sekarang dan 9 Sultan di negeri-negeri beraja.Akhir sekali,saya dapat dipercayai oleh orang lain dalam pelbagai aktiviti dan harian jika menjadi Pengakap Raja.Walaupun cabaran ini agak susah,tetapi saya sudah membuat persediaan untuk menghadapi cabaran ini.
(186 patah perkataan)