Selain itu,sebagai seorang pengakap raja,saya dapat mempelajari pelbagai ilmu dan kemahiran hidup sebagai seorang pengakap yang berjaya.Sebagai contohnya,dalam lencana perkhidmatan,saya belajar tentang teknik pertolongan cemas.Kemahiran ini boleh digunakan dalam hidupan harian untuk menyelamatkan nyawa orang lain.
Di samping itu,melalui penyertaan dalam pebgakap raja,saya boleh menjadi seorang insan yang berdisiplin dan berkemahiran tinggi.Tamsilnya,saya akan belajar cara untuk menyediakan buku log yang kemas dan teratur serta manjalankan aktiviti kawad kaki yang memperlukan mental diri yang berdisiplin dan fokus kepada arahan komander.
Akhir sekali, sebagai seorang pengakap raja,saya dapat mumupuk perpaduan antara orang yang lain.Hal ini berlaku demikian kerana Perkhemahan Kehidupan Pengakap akan melibatkan penyertaan daripada orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum, bangsa dan agama. Sebagai contoh, aktiviti bersukan memerlukan persefahaman antara satu pasukan bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan.
Kesimpulannya,seperti yang dikatakan oleh John F.Kennedy,“Jangan tanya apa negara boleh buat untuk anda,tanya apa yang anda boleh buat untuk negara”.Saya berharap saya boleh mencapai tahap seorang Pengakap Raja yang elit kerana banyak faedah dan manfaatnya.
(216 patah perkataan)