Page settings Options Page: Edit
PPMDST/2022/PR/JAYADIRI/018
Saya ingin menjadi Pengakap Raja kerana peluang ini hanya sekali seumur hidup. Pengakap Raja merupakan anugerah yang paling tinggi bagi Persekutuan Pengakap Malaysia dan tidak senang untuk dicapaikan. Oleh itu,saya ingin mencabarkan dan menjadi seorang ahli Pengakap Raja kerana ia membawa banyak kebaikan kepada saya. Melalui ujian Pengakap Raja, saya dapat dipupuk dengan sikap yang berdikari dan bertanggungjawab. Selain daripada itu, saya boleh belajar pelbagai teknik yang dapat bermanfaat kepada saya dalam kehidupan harian melalui kem penarafan Pengakap Raja.Contohnya,ikatan, masakan rimba dan kayu api ,pertolongan cemas dan sebagainya. Setelah menjadi seorang Pengakap Raja , saya juga dapat menjadi seorang contoh teladan terhadap pengakap lain dan menjadi seorang pemimpin dalam kehidupan mereka. Kemudian , saya dapat dijemput ke istana Diraja negeri dan menerima sijil yang diberikan oleh Sultan atau Yang di-Pertua Negeri di negeri saya. Hal ini dapat mengharumkan nama sekolah ,membanggakan nama keluarga saya dan diri sendiri.Walaupun ini merupakan cabaran yang susah , tetapi saya menyakinkan bahawa usaha saya tidak akan sia-sia sahaja. Bak kata pepatah:”di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.Akhirnya, saya hendak menyampaikan tentang slogan pengakap iaitu, “Once a scout, Always a scout”.
Subscribe to:
Posts (Atom)