Sebagai pencetus minda yang pertama, saya dapat mengukuhkan sifat bertanggungjawab. Menjadi seorang pengakap remaja mempunyai tanggungjawab yang vital dan harus dititikberatkan oleh setiap individu yang memegang jawatan tersebut. Jawatan ini menjadi satu penghormatan bagi saya untuk menjalankan peranan ini dan memenuhi semua tugas dan komitmennya dengan sebaik mungkin. Menjadi seorang pengakap Remaja akan membolehkan saya menjadi seorang yang matang dalam membuat sebarang keputusan dan berfikir mengenai pelbagai kemungkinan yang akan berlaku apabila melakukan sesuatu tindakan.
Sebelum pena diskusi menandakan noktahnya, saya ingin mengukuhkan sifat bekerjasama dalam sesuatu kumpulan. Semestinya, mendapat jawatan ini memerlukan komitmen dengan pelbagai pihak dan saya mempunyai sifat mudah didekati dan sentiasa memaparkan senyuman di muka. Saya juga ingin mencabar diri saya menjadi seorang yang berkemampuan untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Saya ingin memikirkan diri saya sebagai kapten kapal, dan nasib kapal pada dasarnya terletak di tangan saya, dan terpulang kepada saya untuk mengarahkan semua orang ke arah yang betul.
(238 patah perkataan)