Semasa Tingkatan 1, saya diajak untuk menyertai kawad kaki pengkap. Saya terpengaruh dengan semangat berkobar-kobar ahli pengakap. Dengan ini, saya bermula aktif dalam aktiviti kokurikulum dan mengubahkan sikap introversi. Tambahan pula, mereka akan sentiasa mementingkan perpaduan dan harmoni antara satu sama lain. Sikap toleransi dapat ditampilkan dalam diri senior supaya persahabatan dan perpaduan terjamin.
Sepanjang beberapa tahun ini, saya telah mempelajari teknik seperti menyalakan api, membelah kayu, memasak dan sebagainya. Di samping itu, teknik ikatan juga akan saya gunakan untuk membina gajet. Ketahanan fizikal dan mental juga dipertingkatkan. Lebih-lebih lagi, saya menjadikan sangat berdikari dan menepati masa ,memang akan saya mendapat faedah pada masa depan dengan keperibadian yang baik.
Setiap aktiviti pengakap, saya akan berinisiatif untuk melibatkan diri dan tinggal lewat di sekolah untuk perancangan.Walau bagaimanapun, saya bukan seorang ahli pengakap yang terhebat di sekolah, tetapi saya berjanji akan menyiapkan segala tugasan yang diberikan. Saya berharap tentang kemampuan dan jasa saya boleh mendapat pengiktirafan iaitu meluluskan ujian pengakap Raja. Bak kata berpatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
(226 patah perkataan)