As salam .. Salam Sejahtera .. Salam Pengakap!
Terima kasih diucapkan di atas kesudian menawarkan diri sebagai hakim kepada Pertandingan Esei Lencana Jayadiri Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur 2022 yang telah berakhir pada 10 Julai 2022 yang lalu.
Selayang pandang, pertandingan buku log ini adalah kesinambungan kepada Ujian Lencana Jayadiri yang telah diadakan dengan jayanya pada 3 Julai 2022 lepas secara atas talian.
Seramai 45 orang dari 57 orang calon telah lulus kuiz tersebut dan namun dari 45 calon yang lulus, hanya 29 calon sahaja yang telah memuat-naik esei mereka ke platfom yang disediakan. Dari 29 calon tersebut, hanya 10 calon telah mengikuti syarat-syarat pertandingan seperti berikut:
1. Esei dimulai dengan "SAYA INGIN MENJADI SEORANG PENGAKAP RAJA KERANA ..."
2. Esei hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.
3. Panjang esei adalah diantara 150 hingga 250 patah perkataan.
4. Jumlah perkataan mestilah ditulis di penghujung bawah esei.
Oleh yang demikian, penilaian ini adalah untuk menentukan 5 penyertaan terbaik yang akan menentukan pencapaian tempat pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima.
Berikut adalah panduan untuk membantu dalam pemberian markah:
1. Di bahagian kiri, kelihatan 10 pautan (bewarna merah) yang mewakili 10 calon. Apabila diklik pautan tersebut, ia akan ke halaman esei calon dan di bawahnya pemarkahan dalam format Google Form. Pautan yang sudah diklik akan bertukar menjadi warna hijau)
2. Untuk bermula, pilih Nombor Siri Calon mengikut nombor siri yang tertera di bahagian tajuk esei calon berkaitan.
3. Terdapat 11 soalan pemarkahan yang akan diambil. 1 ruangan ulasan disediakan kepada hakim untuk memberikan penilaian yang bakal menentukan pencapaian tempat pertama, kedua, ketiga keempat dan kelima.
4. Mohon kerjasama hakim untuk melengkapkan pemarkahan kesemua 10 calon bagi memberi keadilan sama rata mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Segala kerjasama saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Aziz Wahab
Ketua Unit Pengakap Remaja
PPM Seremban Timur
(Sila klik pautan di panel kiri jika sudah bersedia)